Dia bukan Jin atau apajua makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin”
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka
bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama
juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi
dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di
kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman
Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi
Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah
kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih
Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal
yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya
masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan
tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali
ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan
“Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada
ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua
tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun
sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk
ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah
swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah
disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun
begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti
hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu
ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti
seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di
hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..” Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya
kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada
hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg
kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan
mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan
tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg
percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah
ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada
dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong
Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat
Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada
hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah
kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan
sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org
Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg
dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah
Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak
ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan
kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera
udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim Namun demikian,
Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al
Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus
membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untk menyesatkan lebih
ramai lagi anak cucu Adam a.s.
0 komentar:
Posting Komentar